~ SePuTiH sNoW ~

~ BEWARE ! In the body there is a flesh,if it is sound,the whole body is sound,and if it is corrupt,the whole body is corrupt,and behold,it is THE HEART ~

Andai tiba sahaja 27 Rejab ,umat Islam sibuk memperkatakan tentang Isra' Mi'raj... Masing-masing tidak kalah ingin menceritakan tentang Isra' Mi'raj...Apa itu Isra' Mi'raj?Adakah ia sekadar cerita yang termaktub dalam kitab-kitab?
Sahabat yang dikasihi...Isra' Mi'raj ini bukan hanya cerita dongeng atau mitos semata-mata..Tetapi ia adalah sebuah kisah benar yang telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran ...Subhanallah!,...Allah telah menceritakan tentang Isra' Mi'raj dalam surah Al-Isra' , ayat yang pertama..
                                                             
                                                   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Cerita tentang Isra' Mi'raj ni bukan seperti kisah Hang Tuah lima bersaudara...Hrm...kisah Hang Tuah lima bersaudara yang sangat dibangga-banggakan oleh masyarakat Melayu..Menurut satu sumber, sebenarnya hang-hang ni merupakan panggilan dalam masyarakat cina..so,ana pun tak tau..fikir-fikirkan lah kesahihan cerita tu..erk?haih...ok,back to the point...kisah tentang Isra' Mi'raj memang terbukti kesahihannya dan tidak dapat disangkalkan oleh sesiapa pun...Pada permulaan ayat ,Allah telah menyebut Maha Suci Allah ...Ini menunjukkan Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa untuk menjalankan hambanya..Ini kerana Allah SWT telah tahu bahawa andai kisah ini diceritakan kepada masyarakat Arab pada masa itu , mereka amat susah untuk menerima cerita tersebut...Bagi mereka kisah itu amat tidak masuk akal...Ghalibnya(kebiasaanya), perjalanan mereka dari Makkah ke Palestin mengambil masa satu bulan pergi dan satu bulan kembali dengan menaiki unta atau kuda!..Mana mungkin Rasulullah hanya mengambil masa sesingkat itu..Oleh itu, Allah SWT telah memulakan dengan Maha Suci Allah ,Allah yang berkuasa melakukan segala sesuatu walaupun tidak dapat diterima oleh fikiran logik manusia...

Peristiwa Isra' dan Mi'raj berlaku mengikut beberapa riwayat pada malam 27 Rejab tahun kesebelas kerasulan Baginda dan berlaku setahun sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w. ke kota Madinah. Walaubagaimanapun sebenarnya para ulama' tidak bersependapat mengenai tarikh sebenar berlakunya Isra' Mikraj ini walaupun yang pastinya ia berlaku sebelum hijrah nabi ke Madinah....ada pelbagai pendapat tentang tarikh ini iaitu ada yang menyatakan ia berlaku pada 17 Rabiulawal, bulan Zulkaedah, Syawal, Ramadhan , Rejab, 17 Ramadhan, 27 Rejab dan lain-lain lagi.

Menurut Ibn Ishaq ia berlaku selepas 10 tahun baginda dilantik menjadi Rasul. Az-Zuhri pula berpendapat ia berlaku setahun sebelum baginda berhijrah ke Madinah iaitu pada bulan Rabiul Awal, sementara as-Suddi menegaskan ia berlaku pada bulan Rabiul Awal, 16 bulan sebelum baginda berhijrah. Ada pun al-Hafiz Abdul Ghani Ibn Surur al-Maqdisi berpendapat ia berlaku pada 27 Rejab sebelum penghijrahan baginda ke Madinah.

Sementara Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat, bahawa riwayat mengenai peristiwa Isra' dan Mi'raj terdapat banyak pembohongan dan riwayat palsu yang boleh menggugat kedudukan iman Muslim, kerana peristiwa tersebut tidak berlaku pada bulan Rejab berdasarkan penjelasan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani, di mana ia tidak berlaku pada malam 27 Rejab kerana ia tidak disokong dengan hadis-hadis Sahih atau pun kata-kata Sahabat yang Sahih. Itulah juga pendapat Imam an-Nawawi daripada mazhab Imam as-Syafie dan Imam Abu Ishaq yang berpendapat bahawa Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rabiul Awal.

Tetapi apa yang penting diambil iktibar daripada peristiwa itu, ialah pengajaran mengenai perjalanan baginda Isra' dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa dan Mi'raj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha). Pada paginya, Rasulullah s.a.w. termenung, memikirkan bagaimanakah baginda dapat memberitahu umat manusia tentang peristiwa tersebut, kerana ia adalah sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Sedangkan perjalanan ke Baitulmaqdis sahaja mengambil masa hampir sebulan, inikan pula dalam satu malam.

Begitu pun Rasulullah s.a.w. telah menceritakan kepada Abu Jahal setelah ditanya olehnya apa yang membuatkan baginda termenung..Abu Jahal yang sudah lama membenci ajaran yang dibawa oleh baginda terus mengambil peluang dengan mengumpulkan seluruh masyarakat untuk memberitahu mereka tentang peristiwa perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Masjidil Aqsa.Hal i ni kerana Abu Jahal tersangat yakin bahawa mayarakat tidak akan mempercayai apa yang akan diceritakan oleh Rasulullah SAW. Apabila mereka telah berkumpul, dan Rasulullah s.a.w. menceritakan mereka tentang perjalanan baginda ke Masjidil Aqsa dalam satu malam, ramai daripada mereka yang tidak percaya. Malah, mereka yang lemah imannya juga mendustakan Rasulullah s.a.w. Namun, dalam masa yang sama, mereka yang sudah kuat imannya, bertambah kukuh lagi keimanan, seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a..Dan ada juga yang tidak beriman telah beriman dengan ajaran Islam setelah mendengar cerita baginda saw,.

Keberanian Rasulullah s.a.w. memaklumkan kepada umat manusia tentang perjalanan Baginda tersebut, memberikan iktibar kepada umat Islam masa kini supaya perlu bersabar dan terus menunjukkan akhlak yang baik, walaupun ditentang oleh mereka yang tidak beriman dan tidak memahami Islam.Sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak memahami Islam akan mempunyai pandangan serong dan silap faham terhadap Islam. Tetapi, contohilah Rasulullah s.a.w. ,walaupun baginda diperli, dikeji dan didustai kerana menyampaikan kisah Isra' Mi'raj, Rasulullah s.a.w. tetap bersabar dan menunjukkan akhlak yang baik.

Maka, sebagai orang Islam yang tinggal di negara majmuk seperti Malaysia ini, ada kalanya kita menghadapi silap faham daripada mereka yang bukan Islam. Kita perlu tunjukkan akhlak yang baik serta bersabar dan terangkan kepada mereka tentang ajaran Islam yang sebenar, yang menggalakkan keharmonian dan juga kemakmuran.

Di dalam perjalanan yang begitu istimewa ini, terlalu banyak yang dilihat oleh Baginda Rasulullah s.a.w. dan begitu banyak pengajaran yang dapat kita peroleh. Antara pengajaran yang harus kita renungkan bersama adalah manusia harus sentiasa memerhatikan hubungannya dengan Allah, dan sentiasa menilai kembali dan berusaha memperelokkan hubungan tersebut.Hubungan dengan Allah s.w.t. ini mestilah wujud tatkala ditimpa kesusahan dan ujian mahupun di kala mendapat kesenangan dan kemudahan. Ini kerana hanya Allah sahajalah yang berkuasa dan mampu memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan kepada diri kita.

Menyingkap kembali peristiwa Isra' dan Mi'raj ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelum terjadi Isra' dan Mi'raj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Isra' dan Mi'raj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan.

Caranya ialah kita sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah dan melupakan Allah pada waktu senang.Kehidupan kita yang ingin berjuang untuk kebaikan pasti akan dipenuhi dengan cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita akan berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.

Namun, semua yang berlaku itu demi untuk mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati. Adakah kita sanggup menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolong dalam golongan yang mudah berputus harapan? Firman Allah s.w.t. di dalam surah Al-Insyirah ayat 5 dan 6., Ertinya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa) Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan.


Isra' Mi'raj dan ibrahnya


Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan Mi'raj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa peristiwa Isra' dan Mi'raj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan neraka dan ahlinya.Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali seperti sedia kala.Nabi, juga melihat seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang hidup di dunia ini, agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan Allah s.w.t. amatlah dahsyat.

Selain itu, Perintah solat merupakan suatu bentuk ibadah yang begitu penting di dalam kehidupan seseorang hamba Allah s.w.t. Kewajipan solat begitu istimewa dibandingkan dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi s.a.w. daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mi'raj tanpa perantaraan malaikat Jibrail.Ini menunjukkan keistimewaan serta kelebihan solat dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak.

So,ketika orang sedang hangat memperkatakan tentang Isra' Mi'raj ni marilah kita hayatinya dengan memantapkan lagi ibadah solat kita disamping melakukan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya..Tidak dinafikan pelbagai ceramah tentang Isra' Mi'raj yang telah diadakan..saban tahun cerita Isra' Mi'raj diulang tayang pada pendengaran mahupun penglihatan kita..Namun adakah ia meresap ke dalam sanubari kita?Jangan jadikan kisah ini hanya sebagai bahan cerita yang tertulis dalam buku-buku dan dikeluarkan sebagai modal apabila masanya tiba...erk?..Kisah ini mempunyai pelbagai pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita sepanjang hayat sebagai seorang Mu'min...so,sama-samalah kita ambil ibrah daripada kisah Isra' Mi'raj junjungan besar S.A.W...Allahummasolli 'ala saiyidina Miuhammad...

Assalamualaikum...setelah sekian lama menyepi diri,kini kembali lagi..This is my first post since five month ago!..huh?ok..macam-macam ragam and perkara yang telah berlaku semenjak dua menjak ni...Apa pun PLKN dah berjaya disertai dengan jayanya..hahaha..Alhamdulillah..Tapi rakyat negara yang terchenta ni digegarkan dan digemparkan dengan pelbagai ceghita saban hari,saban waktu mahupun saban ketika...hurm...ape-ape pun ana ada satu ceghita...Mungkin rekaan semata-mata,mungkin juga ada berkait dengan manusia atas bumi bawah langit ni..erk?.haih..

Andai berbicara tentang pilihan,setiap orang menginginkan pilihan yang terbaik.Begitu juga aku.Masih aku ingat semasa membuat pilihan hendak masuk ke sekolah.Sekolah mana satu yang nak pergi?Mana yang terbaik untuk diri aku?Untuk family aku?Boleh ke aku ke sana?Layakkah aku?Dalam membilang waktu,mengira detik,dalam fikiran aku , aku terfikir apa cita-cita aku?Impian aku?Tapi cita-cita aku masih samar-samar..Apa yang aku tahu,impian aku sedari kecil ingin menjadi seorang yang menghafaz Al-Quran.Lisan sentiasa dibasahi dengan ayat-ayatNya..Aku menjadikan abang aku sebagai sumber inspirasi dalam menggapai impian yang masih jauh..Jadi aku membuat permohonan ke sekolahnya..Alhamdulillah temuduga juga berjalan lancar..Aku juga membuat permohonan ke sekolah berasrama penuh..Sekadar mencuba nasib dan menjadi backup kalau tak dapat ke sekolah abang aku..Akhirnya aku mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh..Tapi perasaan aku biasa saja,gembira tidak,teruja tidak,tak terkata pun tidak.Perasaan aku biasa dan neutral..

Aku masih ternanti-nanti keputusan temuduga ke sekolah abang aku..Tapi masa kian semput untuk ditunggu..Parents aku pun tahu impian aku tapi mereka sarankan aku mendaftar saja di sekolah brasrama penuh itu...mereka bimbang aku tak berjaya dalam temuduga itu...Aku hanya menerima saranan parents aku walaupun hati meronta-ronta tidak ingin pergi..Saat kaki aku melangkah ke sekolah itu perasaan aku hambar..Kalau  tahap keikhlasan bisa diukur dengan peratusan mungkin hanya satu peratus keikhlasan dapat dikesan.Mungkin badan aku berada di sana tapi jiwa dan fikiran aku melayang entah ke mana..Setelah seminggu berada di sana,aku mendapat tahu aku berjaya temuduga dan ditawarkan ke sekolah abang aku.Hati aku melonjak-lonjak gembira,bahagia dan seribu macam rasa..Tapi parents aku sarankan supaya aku stay saja kat sbp tu...Perasaan sedih tak mampu ku luahkan..terlalu dalam perasaan itu..Dalam melayan kesedihan ,aku kembali menghitung berapa banyak belanja yang dah parents aku habiskan semasa aku mendaftar sekolah tu..Ya.banyak!sudah terlalu banyak..Bayaran yuran yang agak mahal yang telah dibayar membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak saranan parents aku..Aku tahu mereka inginkan yang terbaik untuk aku...Aku juga inginkan redha ibubapa aku..Ya,redha Allah terletak pada redha ibubapa..Aku yakin Allah telah merancang yang terbaik untuk hambaNya...

Kita merancang,Allah juga merancang,tapi sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah... Abang aku memujuk dan menyatakan,aku masih boleh menghafaz Al-Quran walaupun aku bersekolah di sana atau di mana-mana saja asalkan hati kita rapat dengan Al-Quran..cintailah Al-Quraan...Jadikan Al-Quran sebagai teman paling rapat..Ya,baru aku sedar akan semua itu..Aku kembali meneruskan rutin aku sebagai pelajar di sekolah dengan azam baru..Hari demi hari aku tempuhi dengan gembira..Aku menjadikan Al-Quran sebagai sahabat yang paling rapat..Aku juga bersyukur kerana mendapat rakan sekelas yang memahami,saling mengambil berat dan penyayang..Susah dan senang kami hadapi bersama-sama...Kami saling menyokong satu sama lain..Kami saling memberi dan menerima nasihat..Andai salah seorang daripada kami yang rebah mahupun tersungkur dalam meniti hari-hari yang penuh dengan duri-duri cabaran akan ada tangan-tangan yang menghulurkan bantuan...Aku begitu bersyukur kerana dikurniakan sahabat seperti mereka..Ya,aku amat bersyukur!Tiada kata yang dapat diucapkan... Walaupun kini kita telah berpisah mengikut haluan sendiri,tapi,sahabatku...Aku sentiasa mengingati kamu dalam setiap doaku...Aku juga mendoakan kamu mendapat yang terbaik dalam hidup di dunia lebih-lebih lagi di akhirat...Ya Sodiqi,Uhibbukum hubban syadida...

                                                        Sahabatku...Uhibbukum Fillah!!!


Sahabatku,
Inginku ucapkan kalam terima kasih,
Syukran kerana sentiasa bersamaku,
Iexie kerana sudi menadah telinga mendengar cerita anehku,
Arigatou kerana sanggup bersamaku tika aku hanyut dalam arus cabaran,
Merci kerana sentiasa sabar dengan diriku yang serba kekurangan.
Temanku,
Mati adalah pemisah kita,
Andai aku pergi dahulu,ku pinta beribu kemaafan daripadamu,
Akhlakku bukanlah seharum mawar,
Lisanku bukanlah selembut sutera,
Ku tahu,sikapku adakalanya melukai hatimu nan suci,
Kata-kataku adakalanya merobek qalbu mu,
Jadi,ku mohon seribu kemaafan,
Aku tidak sempurna,
Sungguh!Aku bersyukur dikurniakan sahabat sebaikmu..
Syukran jazilan atas segalanya..



من يرد الله به خيرًا يفقه في الدين‏"قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :‏‏ عن معاوية رضي الله عنه قال
(‏متفق عليه‏)
Mu'awiyah (May Allah be pleased with him) reported:The Messenger of Allah said, "When Allah wishes good for someone, He bestows upon him the understanding of Deen."
[Al-Bukhari and Muslim].
~Riyadhus Solihin - 13,Hadith 1376~

About Me

Comfirm ke amalan kita dah cukup untuk tempah tiket nak masuk syurga ALLAH?

DeMi MaSa...

HaDiTh...

Translate

Total Pageviews

My Blog List

My Blog List